navigasi

Profil Sekolah

       SMK TAMAN SERI KLUANG

TAMAN SERI KLUANG,
86000 KLUANG,
JOHOR.
( JEA2042 )



        Nama Sekolah            : Sekolah Menengah Kebangsaan      
                                            Taman Seri Kluang

Alamat                      : Jalan 16, Taman Sri Kluang,
 86000 Kluang,Johor

        Kod Sekolah               : JEA 2042

Lokasi                        : Bandar

        Gred Sekolah              : B

       Tahun Sekolah dibuka : 2004

        No Telefon                  : 077766206

        No Fax                        : 077766706

        No Email                     : jea2042sklg@time.net

        Motto Sekolah             : Berbakti dan Berjaya

        Slogan                         : Strive for Excellence
                                             (Berjuang untuk Cemerlang)






LENCANA SMK TAMAN SERI KLUANG




HURAIAN :

1. Obor                      : Api obor mengandungi tiga huruf C, T, G
                                    C - Cemerlang
                                    T - Teras
                                    G - Gemilang
Batang obor mengandungi lima jalur melambangkan lima prinsip Rukun  Negara.

2. Huruf SMKTSK :   
Singkatan daripada nama sekolah - 
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang.

3. Simbol Elektron :   Simbolik pelajar yang cinta akan sains dan teknologi.

4. Roda Impian       :   Simbolik pelajar yang progresif.

5.Tiga Bulatan        :   Simbolik keharmonian pelajar yang berbilang kaum.
   Berangkai  

6. Moto                   :   Berbakti dan Berjaya

7. Warna                 :   Merah  - lambang keyakinan dan keberanian
                                   Biru      - lambang perpaduan kaum.
                                   Kuning - lambang kesetiaan kepada raja
                                   Putih     - lambang kesucian dan keamanan






BANGUNAN SEKOLAH

BANGUNAN UTAMA DI SMK TAMAN SERI KLUANG

1. Bangunan Pentadbiran 

Blok Pentadbiran dari pandangan padang sepak takraw.

Blok pentadbiran ini menempatkan Bilik Tamu, Bilik SPBT, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Kesihatan dan Bilik Utiliti di aras bawah selain daripada keperluan asas seperti tandas. Pejabat Pengetua dan Pejabat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, pejabat sekolah, Bilik Mesyuarat dan pejabat Guru 1 terdapat di tingkat blok ini. 

Di tingkat dua pula terdapat Pejabat Guru 2, Perpustakaan dan Bilik Tayang (Audio Video). Di tingkat paling atas, ditempatkan Pejabat Guru 3, Bilik Unit Peperiksaan dan Makmal Komputer. Sehingga Disember 2007.  


2.Bangunan Dewan dan Surau (Blok H)


Blok ini terletak bersebelahan dan bersambung dengan Blok Pentadbiran. Di aras bawah blok ini terdapat dewan sekolah yang dinamakan sebagai Dewan Seri Baiduri. Dewan ini dilengkapi dengan pentas, sistem penataan cahaya dan sistem siarayanya sendiri. Terdapat juga stor bukan di aras ini. 

Di tingkat atas pula terdapat surau sekolah yang di namakan sebagai Surau Assyakirin (Orang-orang yang bersyukur). Surau ini merupakan surau sekolah yang paling selesa kerana selain depenuhi dengan hamparan karpet, surau ini merupakan sebuah stor, sistem siaranya sendiri dan kemudahan tandas dan tempat mengambil wuduk lelaki dan perempuan . Tempat solat lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tabir. 

Menara yang terdapat di bahagian hadapan bangunan ini merupakan tempat tangki air diletakkan. 

Dewan Seri Baiduri dilihat dari laman perhimpunan. 

Dewan Seri Baiduri ini telah acap kali menjadi tempat berlangsungnya pelbagai program peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. Perhimpunan mingguan juga akan dibuat di dalam dewan ini sekiranya cuaca tidak mengizinkan. 

Selain menjadi tempat solat, Surau Assyakirin juga berperanan sebagai pusat program keagamaan sekolah. Setiap jumaat, surau ini akan dimakmurkan dengan program kerohanian, sama ada bacaan yasin, tahlil atau pun solat hajat. 


3. Blok A

Blok A


Blok A hampir keseluruhannya digunakan sebagai bilik darjah dan makmal. Di aras paling bawah terdapat Makmal Biologi dan Makmal Kimia. Selain itu, sebuah bilik Sub Stesyen Elektrik Dalaman, ditempatkan juga Koperasi Sekolah dan Bilik Pengawas di aras ini.

Di tingkat satu, terdapat bilik darjah, Makmal Fizik dan Makmal Kimia selain daripada tandas dan stor. Di tingkat dua pula, selain daripada bilik darjah terdapat bilik Muzik dan Bilik Pendidikan Seni. Sementara di tingkat tiga pula, di samping bilik darjah ditempatkan bilik-bilik khas iaitu Bilik Geografi, Bilik Sejarah dan Makmal Bahasa.  


4. Blok B (Akademik dan Bengkel)


Blok B


Blok ini pula dimanfaatkan untuk Bengkel Kemahiran Hidup. Bengkel Kerja Paip dan kerja Enjin dan Bengkel Logam dan Kerja Kayu di aras paling bawah. Di tingkat satu, ditempatkan Bengkel Kerja Logam dan Binaan. Di tingkat dua pula terdapat Bengkel Ekonomi Rumahtangga. Sementara di tingkat paling atas hanya terdapat bilik darjah selain bilik utility, stor pili dan stor suis elektrik. 

5. Blok C (Akademik)


Blok C


Aras paling bawah terdapat ruang serbaguna yang digunakan untuk pelbagai aktiviti. Ruang ini dinamakan sebagai Dataran Ilmu.

Di tingkat satu, ditempatkan bilik darjah, bilik pengawas, bilik agama yang dinamakan sebagai Bilik Islam Hadhari selain daripada sebuah bilik utiliti. 

Di tingkat dua, ditempatkan bilik disiplin selain daripada bilik darjah, bilik utiliti dan tandas.


6. Blok D

Blok D


Blok D ini digunakan sepenuhnya sebagai bilik darjah. Di setiap tingkat terdapat tandas, stor pili bomba dan stor suis elektrik atau stor am. Namun di aras paling bawah terdapatam makmal MPV yang diubahsuai daripada dua bilik darjah. Kerja-kerja pengubasuaian ini dilakukan pada tahun 2006 apabila subjek MPV mula ditawarkan.


7. Rumah Guru


Bilik P & P dan Bilik-bilik Khas

Blok rumah guru mempunyai lapan unit rumah yang ditawarkan kepada guru-guru di Kluang. Aras paling bawah merupakan ruang serba guna yang boleh dimanfaatkan sebagai tempat aktiviti sosial penghuninya. Tingkat 1-4 merupakan rumah guru yang dilengkapi dengan ruang tetamu, ruang dapur, tiga bilik tidur, tandas, ruang basuh dan anjung.

 Pintu hadapan SMK Taman Seri Kluang


Bilik Islam Hadhari


 Kantin Sekolah


Bilik Guru

Bangunan sekolah dari pandangan atas


Tempat para pelajar meletakkan basikal.




Surau





Bilik Gerakan




Perpustakaan.


 Bilik Gimnasium









0 comments:

Post a Comment