LATAR BELAKANG SMK TAMAN SERI KLUANG
Taman Seri Kluang merupakan sebuah kawasan perumahan yang tersusun berkonsepkan bandar baru, terletak kira-kira 2 km dari pusat bandar Kluang. Kebanyakan anak-anak penduduk di sini bersekolah di sekolah yang terdapat di sekitarnya. Tiga buah sekolah yang terhampir ialah SMK Tun Hussein Onn, SMK Cannosion Convent, Sekolah Tinggi Kluang. Namun semakin hari,bilangan pelajar yang semakin bertambah dan keadaan ketiga-tiga buah sekolah tersebut tidak dapat menampung keperluan pembelajaran penduduk di sini. Atas dasar tersebut, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan perlaksanaan projek pembinaanya melalui CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA DAN MENYIAPKAN PROJEK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERI KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM SECARA RUNDINGAN TERUS 'DESIGN AND BUILD'.
0 comments:
Post a Comment