navigasi

Monday, 8 December 2014

Amanat Pengetua






KATA ALU-ALUAN


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadhrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya Buku Panduan dan Takwim SMK Taman Seri Kluang 2016 dapat disempurnakan sebagaimana yang dirancang.

Perancangan Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan 2016 ini adalah sebagai garis panduan dan rujukan utama bagi semua guru dan warga SMK Taman Seri Kluang. Justeru itu, saya berharap Perancangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan staf sokongan agar dapat meningkatkan lagi integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sepanjang tahun ini. Semoga ia akan dapat membantu dan memudahkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Sejajar dengan itu, guru-guru perlu memainkan peranan memastikan Takwim yang dirancang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Sesungguhnya kita mempunyai akauntabiliti kepada masyarakat dan negara. Transformasi sosial yang kita inginkan bagi menghasilkan masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang hanya akan menjadi kenyataan apabila pendidik mengamalkan profesionalisme yang tinggi.
Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menghayati visi dan misi sekolah supaya kita dapat melahirkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang berinovasi, kreatif, berfikiran ke hadapan, berdaya saing, berdaya tahan ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang sama ada kurikulum, kokurikulum dan pengurusan. Diharap pada tahun 2016 dalam mengharungi Gelombang Ke 2 (2016-2020)  kita semua akan dapat menjana satu impian dengan lebih berkesan dan menjadi satu realiti.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar SMK Taman Seri Kluang terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.

“BERBAKTI DAN BERJAYA”
STRIVE FOR EXCELLENCE

Sekian, terima kasih.



FARIDAH BINTI ABD WAHAB
Pengetua,
SMK Taman Seri Kluang,

Kluang, Johor.

0 comments:

Post a Comment