Tuesday, 28 June 2016
Monday, 8 December 2014
Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Kluang
Seruan berbakti dan berjaya
Wawasan cita-cita Negara
Rukun Negara jadi panduan
Ikrar sekolah dipandukan
Menjana insan mulia cemerlang
Gemilang dan Terbilang
Ibu bapa yang kucinta
Guru kan tetap bersama
Putera-puteri tetap merdeka
Satu bangsa Satu Negara
Inilah tekad kami semua
Hidup harmoni dan bersama
Pada ilmu tercapai segala
Berjaya tetaplah berusaha
Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Kluang
Padamu tumpah sumpah setia
Berbakti dan Berjaya.
Amanat Pengetua
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum w.b.t dan
Salam Sejahtera.
Saya bersyukur ke hadhrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurniaNya Buku Panduan dan Takwim SMK Taman Seri Kluang 2016 dapat
disempurnakan sebagaimana yang dirancang.
Perancangan
Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan 2016 ini adalah sebagai garis panduan
dan rujukan utama bagi semua guru dan warga SMK Taman Seri Kluang. Justeru itu,
saya berharap Perancangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan staf
sokongan agar dapat meningkatkan lagi integriti dan akauntabiliti dalam
pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sepanjang
tahun ini. Semoga ia akan dapat membantu dan memudahkan semua pihak dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang
berilmu, berakhlak, dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga,
masyarakat, dan negara. Sejajar dengan itu, guru-guru perlu memainkan peranan
memastikan Takwim yang dirancang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan
komitmen yang tinggi. Sesungguhnya kita mempunyai akauntabiliti kepada
masyarakat dan negara. Transformasi sosial yang kita inginkan bagi menghasilkan
masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang hanya akan menjadi kenyataan
apabila pendidik mengamalkan profesionalisme yang tinggi.
Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menghayati visi
dan misi sekolah supaya kita dapat melahirkan guru-guru dan pelajar-pelajar
yang berinovasi, kreatif, berfikiran ke hadapan, berdaya saing, berdaya tahan
ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang sama ada
kurikulum, kokurikulum dan pengurusan. Diharap pada tahun 2016 dalam
mengharungi Gelombang Ke 2 (2016-2020)
kita semua akan dapat menjana satu impian dengan lebih berkesan dan
menjadi satu realiti.
Akhir
kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita
agar SMK Taman Seri Kluang terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi
kebanggaan kita bersama.
“BERBAKTI
DAN BERJAYA”
“STRIVE FOR
EXCELLENCE”
Sekian, terima kasih.
FARIDAH BINTI ABD WAHAB
Pengetua,
SMK Taman Seri Kluang,
Kluang, Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)